Wednesday, August 19, 2009

Perletakan Jawatan PT Badminton Daerah

PERLETAKAN JAWATAN PENGERUSI TEKNIK BADMINTON DAERAH SEREMBAN SELATAN

Merujuk kepada perkara di atas,dukacita dimaklumkan bahawa saya memohon untuk meletak jawatan sebagai Pengerusi Teknik Badminton Daerah Seremban Selatan berkuatkuasa mulai 31 Julai 2008.

2. Ini adalah kerana saya tidak dapat memberi komitmen yang sepenuhnya terhadap tugas tersebut. Mulai tahun 2008, saya telah dipertanggungjawabkan sebagai Ketua Panel Pembinaan Item Ujian selaras PPSMI bagi matapelajaran Matematik Tingkatan Satu. Saya juga terlibat sebagai Ketua Pasukan Matematik PMR dan adakalanya saya dipanggil oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk membantu melatih pemeriksa matapelajaran Matematik.

3. Aktiviti-aktiviti tersebut telah menyebabkan saya sering berada di luar kawasan dan secara tidak langsung telah menjejaskan proses Pengajaran dan Pembelajaran di sekolah sehingga saya ditegur oleh pihak pengurusan sekolah.

4. Kelulusan dan kerjasama pihak tuan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

1 comment:

  1. betol ke cikguu...cikgu prnh jadi Pengerusi Teknik Badminton Daerah Seremban Selatan ???? i cannot believe it,sir...omg

    ReplyDelete