Sunday, November 29, 2009

Panduan Kawal Angin Satu Badan


Yg 3 ni takde kaitan dgn angin satu badan !!!

Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya.

Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya.

Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.

Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki.
Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita.

Allah mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan mengucapkan ” Inna lillahi wainna lillahi raji’un.”.

Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuangkan rasa rasa “ketuanan” kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi .

Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :
• (1) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.
• (2) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.
• (3) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.
• (4) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang kita marahi.
• (5) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda didalam keadaan yang marah....iiaa cuba tengok kat cermin mcm HAMPEH
• (6) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta’awwuz ( A’uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.
• (7) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.
• (8) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur
• (9) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.

Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi.

Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang.

Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan kita berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insha Allah kemarahan akan mulai reda.

Tetapi apa yang berlaku, apabila naik marah, yang bersandar akan mula menetapkan duduknya dan seterusnya berdiri, maka kemarahan sudah tidak dapat dikawal.
..maka naik le angin satu badan...!

Tetapi ingatlah, tak kisah berapa kali kita memohon maaf dan menyesal atas perbuatan kita, namun lukanya masih tetap ada.

Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal”’.

Sahabat adalah permata yang sukar dicari.

Mereka membuatkan kita ketawa dan menggalakkan kita ke arah kejayaan.
Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita. Maka lain kali hati2 le bila 'angin satu badan'

Ok tak ni...yg eloknya org yg angin satu badan baca ni..yg x brangin 2 buat2 la ada angin..kah..kah..kah

2 comments:

  1. Baik Tuan... bagus juga komentar yang diberikan ...sahabat yang baik itu.. sama-sama ketika susah sama-sama ketika senang.. jgn dok susah sesama tang senang dia sorang yang dapat.. fikirkanlah...

    ReplyDelete
  2. Wow .... esok-esok sedia jelah nanti aku sediakan slot utk ANGIN BADAN semasa LDP k.Tuan Mazlan jadi penceramahnya. Buat bengkel skali cam no buang angin badan yang betul ....

    ReplyDelete